Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


dewi anna (center) sdg melayan peminat kek fotonya
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
dewi anna center



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 18-May-2008 01:04
FP Kids Gathering 2008 (The Day! |Titiwangsa KL)

Salam & Hi!

Pertamanya, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga kerja gathering kali ini yang bertungkus lumus memastikan ianya berjalan lancar. Norli, Dewi Anna, Noni Nadiah, dan Julie. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja hamper dan gift pack, ASTRO, Karang Kraf, dan Nestle. Terima kasih tiada penghujungnya kepada team photographer yang amat-amat berbakat daripada Photo School Forum. Dan terima kasih tida terbalas kepada semua yang menjayakan event kali ini, terutamanya, para peserta, ibu & ayah yg sudi membawa anak-anak dan keluarga ke event ini dan sama-sama turun padang walaupun ada ketikanya cuaca panas sampai berpeluh-peluh, but the show goes on unexpectedly, really great. Walaupun gathering ini pada mulanya khusus utk parents dpd komuniti Fotopages, namun, ramai juga yang bukan dpd komuniti ini, yang hadir memeriahkan xtvt. Terima kasih semua...... jasa baik anda tidak terbalas....

Saya tiba dilokasi jam 7 pagi, membuat beberapa persiapan awal. Banner digantungkan, tikar d bentangkan, dan beristirehat ditemani nyamuk (huhu) sementara menanti ketibaan yang lain. Ananamri dan rakan daripada Photo School (PS) Forum menjadi di antara yang pertama tiba tepat jam 8 pagi. Disertai oleh Dewi Anna (CREW) bersama kotak kek besar, cup cakes dan peralatannya dan Azila daripada komuniti FP. Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran setelah beberapa keluarga telah mula sampai ke lokasi kejadian. Terima kasih kepada Azila kerana sudi jadi bidan terjun menjadi CREW of d day.

Sesi pendaftaran berjalan lancar, setiap keluarga mendapat gift pack tajaan ASTRO dan Karangkraf yang mengandungi majalah-majalah seperti Intrend, Rapi, Nur, Keluarga, Pa&Ma, Rasa dan Impiana, dan kebanyakan family telahpun kenal d antara satu sama lain, ada yg dah setup port masing-masing kat suatu sudut yg di pilih. Yg tak berapa kenal tuh, rasanya dah dpt get along w d others.. Norli tiba dengan rombongannya bersama peralatan yang banyak. Kanopi didirikan, balang air oren free flow d bancuhkan, makanan disusunkan d atas tikar pot luck, dan pengumuman utk majlis dimulakan dibuat. Thanks to Pie (Norli's hubby aka Papa Wana) kerana sudi menjadi MC or d day dan membuatkan ramai yg geli hati dgn bicaranya..

Sarapan pagi pot luck dimulakan pada sekitar jam 9.30 pagi, dan aktiviti pertama dimulakan pada jam 9.45 pagi, iaitu Mewarna Sempena Hari Ibu. Disertai oleh Mendekorasi Cup Cake bersama Chef Dei Anna pada jam 10.20 pagi, dan Story Telling pada jam 10.45 pagi. Kelihatan bukan sahaja kanak-kanak yang bergembira dengan xtvt tersebut, mamanya pon sama! huhu... Kemudian xtvt bebas dan bergambar sementara menunggu keputusan pemenang, xtvt tersebut menjadi lebih meriah dengan kehadiran 2 org petugas DBKL berkuda ke lokasi kejadian. Wah! sungguh excited para photographers, ibu & ayah dan anak-anak melihat kuda-kuda tersebut. Ada kids yang menangis, ada yang terpegun.. Semua tak lepaskan peluang merakamkan detik tersebut.

Pengumuman pemenang dibuat pada jam 11 pagi, Mewarna di menangi oleh Aiman (sila betulkan saya ye Ibu Aiman kalau salah ejaan nama anaknye ye), Dekorasi Cup Cake oleh Ain, dan Penghayatan Story Telling oleh Hani. Tahniah kepada para pemenang! Hadiah hamper ditaja oleh Nestle, dan medal oleh CREW xtvt ini.

Disertai oleh upacara memotong kek BESAR berphoto yang ditaja oleh Chef Dewi Anna dan sesi menyanyikan lagu untuk bday boy, girl, mom & dad yg bday jatuh bulan Mei... Sesi memotong kek jadi gamat kejap, disebabkan masing2 nak memotong bahagian yang ada wajah anak masing2. hehe. Thanks to Zaireen kerana sudi menjadi pemotong kek yeah... Ada gaya tersendiri lah! :) Keknya sungguh lazat, untuk tempahan, silalah hubungi Dewi Anna http://bake-freshly.blogspot.com/.

Kemudian, xtvt terakhir sebelum bersurai, sesi bergambar kumpulan ramai-ramai bersama Pasukan Berkuda DBKL. Meriah jugak! Thanks akak & abang dpd pasukan tersebut kerana sudi melayan kitorg....

Kemudian, sesi mentapau makanan dan mengemas kawasan. Kelihatan ramai yang bergambar buat kali terakhir sebelum berangkat pulang. Ada yang bergambar dengan banner juga. hehe.

Kami, CREW FP Kids Gathering 2008 mengharapkan agar semua menikmati gathering kali ini dan halalkan apa yang terkurang ye.. Kami akan cuba memperbaiki apa yang boleh utk panduan CREW xtvt seterusnya d masa depan, insya-Allah.

Gambar-gambar dah d upload, dan akan ditambah lagi secepat mungkin. Sesiapa yang dah upload, n nak share kan d link, drop ur comment herewith taw.... Gambar-gambar edited dpd my collection akan diletakkan disebuah portal untuk memudahkan ibu & ayah sekalian download nya dengan pantas bagi menggantikan sistem pengedaran CD. Latest info nanti akan dimaklumkan ye.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan trillion thanks to my hubby, thanks for your understanding, thanks for everything, this is the best Mom's Day gift for me. Ramai yang tak tahu, saya sebenarnya kena high fever pd Jumaat 16hb tuh, berleretan hingga ke semalam d Titiwangsa. Diikutkan, memang dah tak selesa dah badan nih. Tapi, mind dah set to be strong and I fought it back! Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini dan semua berjalan lancar.... Hari ini hari untuk makan ubat, ikut nasihat doktor dan doktor hatiku.. huhu.

Link dpd PS Forum Photographer Group
1. http://favr3.fotopages.com/?entry=1547998&back=http://favr3.fotopages.com/?page=0#CommentsTop(mashelmynizar)
2. http://rilgis.fotopages.com/?entry=1548465&page=0(syahrail)
3. http://mas-suzie.fotopages.com(Mas Suzie )
4. http://lobaloba.fotopages.com(tasya)
5. http://sanirahman.fotopages.com/(sanirahman)
6. http://realduophotography.multiply.com(desired_use)
7. http://www.flickr.com/photos/chrome76/(chrome76)
8. http://adikcomelx.fotopages.com/?entry=1549758(adikcomelx)
9. http://ananamri.fotopages.com/(ananamri)
*List will be updated once I get the info from the photog team

Untuk mendownload gambar-gambar original size dpd camera organizing team, please check your email. Siapa yang tak dapat email, sila emailkan pertanyaan kepada saya; siti_ruzaimah@yahoo.com

Some of Participants List

http://Ladyct.fotopages.com
http://shafieza.fotopages.com/
http://annadi.fotopages.com/
http://tazatoza.fotopages.com
http://mamafarhan.fotopages.com
http://ainaaini.fotopages.com/
http://intanaziela.fotopages.com
http://indahwinx.fotopages.com
http://nuryz78.fotopages.com
http://mumof2.fotopages.com
http://mimiezazellin.fotopages.com
http://favr3.fotopages.com/
http://rilgis.fotopages.com/
http://lobaloba.fotopages.com/
http://hirdajane.fotopages.com/
http://zaireenzulkapli.fotopages.com/
http://chemticha.fotopages.com/
http://realduocapture.fotopages.com/
http://mas-suzie.fotopages.com/
http://lieyalatif.fotopages.com/
http://ashadieeyah.fotopages.com/
http://eija28.fotopages.com/
http://adamdanishhaikal.fotopages.com/
http://raisyam.fotopages.com/
http://onniesham.fotopages.com/
http://rooneyiskandar.fotopages.com/
http://justsnapshots.fotopages.com/
http://ladyanne.fotopages.com/
http://adikcomelx.fotopages.com/
http://nazlieyyant.fotopages.com
http://juhasni.fotopages.com/

K, take care n jumpa lagi di lain masa.

Salam Ceria,
Siti Ruzaimah.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.